Pada suatu hari, pontianak-pontianak seMalaya mengadakan perjumpaan besar-besaran di suatu tempat yang tidak diketahui. Apabila dah jumpa ramai-ramai tu, mereka pun berborak-borak la. Yelah, dah lama tak jumpa kan. Pada masa ni la nak mengeratkan lagi silaturrahim. Lagi-lagi yang mati sama-sama tu. Dalam banyak-banyak cerita ada satu cerita yang menjadi perbualan hangat antara pontianak-pontianak ini, iaitu kehebatan 3 pontianak. Kiranya top 3 pontianak kat Malaya la.
Sedang mereka berbual-bual, salah seekor pontianak yang top 3 tu tiba. Maka tegur la kawan dier, " Eh, kau la pontianak yang paling hebat tu".
Dengan bangga, dia menjawab, "Yelah, tu aku la."
Tetiba kedengaran satu lagi suara dari belakang, "Tolong sikit, aku la yang paling hebat." Rupa-rupanya salah sorang top 3 tu dah tiba juga.
Kemudian, terdengar lak suara yg mendakwa dia paling hebat. Kecoh la sekejap kat situ pasal rupa-rupanya, ketiga-tiga top 3 pontianak dah tiba.
Pengerusi majlis pontianak tu tak nak la yang perjumpaan ni jadi kelam-kabut, jadi dia memutuskan supaya diadakan pertandingan untuk menilai siapa yang terhebat. Oleh itu, mereka bersetuju untuk berjumpa semula malam esok. Semua yang hadir kat situ mula bergembira kerana pertandingan itu. Jadi pada malam itu, mereka pun bersuka-ria meminum darah-darah dan semua la makanan yang biasanya pontianak makan (mane la org tahu).
Malam pertandingan telah tiba. Semua pontianak bersorak terhadap pilihan masing-masing. Masing-masing ada favourite untuk menjadi terhebat.
Pontianak pertama datang kehadapan. Kemudian dia menjerit, " Wahai pontianak sekalian, cuba lihat kampung tu." Katanya sambil menunjuk ke arah sebuah kampung. Apabila semua memandang ke arah kampung itu, pontianak itu terus terbang ke sana.
20 minit kemudian dia datang balik dalam keadaan yang mengerikan. Darah membasahi muka dan rambutnya yang menggerbang. Titisan darah menitik-nitik keluar dari mulut. "Korang sekalian nampak kampung tadi? Semua penghuni kat kampung tu dah mati. Takde seorang pun hidup. Aku dah bunuh semuanya," katanya dengan bangga.
Semua pontianak di situ terpegun. Wooooooo...... hebat giler. 20 minit je.
Kemudian pontianak kedua datang kehadapan. "Aku punya turn lak". Kemudian dia terbang ke arah kampung tadi. 10 minit kemudian, dia tiba kembali dalam keadaan lagi teruk dari pontianak 1.
"Korang nampak kampung tadi. Kat belakang kampung tu ada bukit. Di belakang bukit tu ada satu kampung. Kat kampung tu semua penduduk die aku dah bunuh. Takde seorang pun hidup," katanya sambil ketawa terbahak-bahak.
Semua pontianak kat situ terpegun sekali lagi. Pontianak 2 ni lagi hebat. 10 minit je.
Akhir sekali, pontianak 3 keluar. Dia terus terbang dengan lajunya ke arah kampung tadi. 5 saat kemudian dia kembali. Keadaan dia adalah paling dasyat. Darah mengalir dari muka dan kepalanya dalam keadaan yang mengerikan.
Semua tergamam. 5 saat je. Biar betul.
Pontianak 3 berkata," Korang nampak tak dinding kat situ?"
Semua pontianak mengangguk kepala mereka.
Sambung pontianak 3," Aku tak nampak."
2 comments:
ni ape lg cite ni ? X nak dengar citer 3 beruk yg dahage, ke 3 kambing yg kesepian, ke singa laut yg kegersangan? Cite ni best gak, semua koleksi drp majalah kuntum thn 1998 edisi ke 9.
en cipan, tak pernah dengar lak cite tu.
btw, mr anon, u obviously have problem with people who has story.
Post a Comment