Monday, March 30, 2009

Kesan migrain untuk hari ini

Soalan untuk hari ini:

Ada tak orang mati kerana terlalu rindukan seseorang?

Harap takde, oleh itu saya tahu saya tak akan mati.
Tapi kalau benda ini boleh berlaku, harap ada, oleh itu saya tidak menjadi yang pertama.

Ps: Apa yang cuba saya merepekkan ini? Pergi sambung balik baca buku teks undang-undang intelektual yang masih ada 70 mukasurat yang belum terbaca untuk esok punya peperiksaan.

Pps: Nasib baik saya bukan peguam atau pelajar undang-undang.

Ppps: Sekarang baru saya sedar bahawa belajar di meja belajar tidak menyakitkan belakang seperti belajar di atas katil. Tapi apakan daya, bilik terlalu sejuk untuk tidak duduk dalam selimut sepanjang masa. Nasib baik bila peperiksaan menjelma, cuaca menjadi panas sedikit.

Pppps (rasa macam tengah buat pembezaan pula): Oh, peperiksaan saya tinggal kurang sebulan. Nasib baik saya ada 2 matapelajaran sahaja yang ada peperiksaan. Namun, matapelajaran undang-undang ada peperiksaan tiap-tiap minggu di mana setiap minggu saya perlu baca 100++ mukasurat dan semua markah itu akan dijadikan markah akhir. Malang, ye saya tahu. Lebih malang lagi, saya tidak ada minggu pembacaan, maknanya selepas minggu terakhir kelas, minggu depannya minggu peperiksaan.

Ppppps: Sila sedih untuk saya kerana saya tidak mahu sedih. (Ceh, cakap selepas seharian bersedih-sedihan sehingga tidak pergi ke kelas kerana kena migrain pula).

Ok, patut tamat sekarang.

4 comments:

Alice said...

Mun,

u are the third person I heard kena migrain this week (the other two are my tutor friends) Really, grad work can kill us.

And so does missing someone, and u know i mean it differently, mati semangat, maybe.

Btw, chill ok. One more month, then u r on your way to Zainal. And imagine the three months in Msia, ditambah dgn mknn yg sedap2, Pulau dayang's trip and other extended trips utk menyambut kejayaan u all dpt scuba diving license.

muNm said...

Thanks Aira...

Mati semangat is not something i need right now when the pressure of end of the semester is pressing you.. it just that so many things to be done & wish that someone is with you to take away the stress...

isk isk isk...

Shahnon said...

selamat maju jaya dalam peperiksaan! :D

muNm said...

terima kasih shahnon!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...