Hari ini adalah hari yang stress bagi kami pasangan yang selalunya bahagia. Jarang sekali kami stress sekaligus. Biasanya saya akan stress sorang-sorang iaitu semasa saya bekerja atau en hubby akan stress sorang-sorang bila dia dah tension dengan assignment dan thesis. Walau bagaimanapun kami juga terasa stress jika salah seorang daripada kami stress, ye lah bak kata pepatah, cubit peha kanan, peha kiri terasa jugak.
Hari ini dimulakan dengan awal sekali. Pukul 6.50 pagi kami telah bertolak ke Embassi US untuk membuat visa. Saya dengan visa F-1 dan dia visa pelawat. Sebenarnya saya bercadang hendak buat visa F-2 (pasangan untuk F-1) tetapi apabila universiti minta penyata kewangan untuk setahun yang berjumlah RM25 000 dalam masa beberapa hari, bagaimanakah saya ingin mendapatkan itu. Jika kasi beberapa minggu pun mungkin tidak dapat. Oleh kerana en hubby hanya akan datang untuk sebulan sahaja buat masa ini maka kami membuat keputusan membuat visa pelawat sahaja dan F-2 akan difikirkan nanti pada tahun hadapan.
Oleh itu dengan bersemangat waja kami pun pergi temuduga di embasi itu. Nombor saya awal 1 daripada en hubby jadi saya dipanggil dahulu. Selepas menjawab beberapa soalan, visa saya diluluskan. Tetapi, saya baru tahu saya tidak membayar wang I-SEVIS yang bernilai $200. Tetapi saya dah bayar visa fee yang bernilai $130 + RM35. Mana la saya tahu kena bayar banyak sangat fee. Memang cekik darah betul la negara Pakcik Sam ni. Jadi orang embasi tu pulangkan balik pasport saya dan suruh menghantar kembali setelah membayar I-SEVIS itu. Nasib baik tidak perlu interview lagi.
Kemudian, suasana di ruang temuduga itu menjadi sepi seketika apabila ada seorang mamat ni ditolak permohonan dia. Apa yang diberitahu en hubby, penyataan si mamat ni berubah-ubah bila ditanya dan akhir sekali saya dengar orang embasi tu cakap, "Even with your blue tie couldn't save you. I will not approve your application. You can apply again later." Oh ya, ruang temuduga itu adalah berbentuk kaunter-kaunter yang dimana ada speaker yang agak kuat boleh kita dengar walaupun kita hanya menunggu. Tu la sebab semua orang boleh jadi pak sebok.
Apabila begitu terjadi, saya sudah menjadi cuak. Bagaimana kalau en hubby tidak dapat visa. Ini boleh melunturkan semangat saya. Kemudian no en hubby dipanggil. Nasib baik dia dapat orang yang sama dengan apa yang saya dapat. Setelah membaca borang permohonan, dia meminta surat nikah tapi en hubby memberi kad nikah kerana dia tidak bawa surat nikah (padahal saya bawa tapi dia tak tahu itu). Yang peliknya, orang embasi tu tahu pulak pasal kad nikah ini dan pandai pulak baca melayu. Selepas itu dia mengatakan bahawa en hubby sepatutnya mendapat F-2 bukan visa pelawat kerana dia pelajar. Tetiba dia teringat yang dia baru je temuduga saya dan menyuruh en hubby memanggil saya untuk ditemuduga sekali lagi. Dia meminta I-20 saya untuk menukar permohonan en hubby ke F-2. Tetapi mereka inginkan I-20 baru untuk en hubby. Ini hanya boleh dapat melalui universiti sahaja. Saya pun dengan muka selamba bertanya adakah penyata kewangan diperlukan? Dia menjawab tidak. Wah, hati berbunga riang.
Walau bagaimanapun, hati yang berbunga riang berubah menjadi gusar bak awan gelap. Saya menelefon universiti saya untuk meminta I-20 en hubby tapi seperti biasa, dia meminta penyata kewangan. Apabila saya kata orang embasi kata tak perlu, dia kata orang itu salah. Alahai....
Maka kami adalah stress dan en hubby lagi stress sampai tak oleh belajar untuk ujian dia esok. Keadaan begini menyebabkan saya terfikir untuk tidak pergi aje la. Kerana apakah erti hidup tanpa orang tercinta di sisi. Walaupun pun sekejap, yang penting dia mesti datang jugak.
Ada sesiapa nak pinjamkan RM25 000 supaya kami boleh buat penyata kewangan secepat mungkin?
Oh, bilakah penjual kereta itu ingin memberi wang jualan kereta supaya kami boleh buat penyata kewangan?
Tapi kalau kita tengok gelas separuh penuh, secara positifnya embasi telah meluluskan visa kami cuma tak dapat lagi je status seterusnya.
Dah la stress dengan visa, lepas tu banyak pulak perkara-perkara kecil tetapi boleh membawa stress berlaku dalam hari ini.

4 comments:
bersabarlah...VISA application mmg proses yang sangat membencikan..Heheheh....nak pi US lama ke? I mean si kecik tuh?NAK KIRIM iPHONE..hehhehehe
tu la... kena banyak bersabar...
kecik klau dapat visa dia, maybe pergi dlm 3 weeks to a month la...
dia mmg ada tanya sape2 nak kirim ape2... hehe...
nak iphone? bisa diuruskan tu... hehhehe
wahhhhh...nih dah semangat ni nak kirim iphone....dah lama mengidam. biler nak pg US?
ni kira nasib ok lagi, my fren his surname hussein terus kene reject visa, siap cakap terrorist. kesian gile dia
Post a Comment