Monday, July 04, 2011

Strong

Dalam kehidupan ini, kita hanya boleh merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Mungkin bagi kita itu yang terbaik, itu yang kita idam-idamkan dan itu yang kita inginkan tetapi jika itu bukan suratan kita, maka bersabarlah. InsyaAllah, ada hikmah di sebalik itu. InsyaAllah, ada yang lebih baik malah paling terbaik untuk kita.

Mungkin pengalaman kita dengan dia sekejap, sebab itu Allah nak kita masih bersama dia. Mungkin dia dapat beri tunjuk ajar untuk kita. Mungkin dia dapat mendewasakan kita. Mungkin dia akan memberi pengajaran kepada kita bahawa jangan lah kita bersikap begitu.

Sungguh mudah untuk berkata-kata, menaip untuk memujuk hati yang luka. Tetapi terbakar hati siapa yang tahu. Berkecai harapan siapa yang nampak. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kecewa dan sedih hati yang lara ini. 

Sesungguhnya ini lah kehidupan, kekadang kita ingat apabila keluarnya kita dari gua yang kelam dan sunyi, matahari akan menyambut kita. Rupa-rupanya taufan melanda menenggelami jasad yang kecil dalam pukulan air menduyun.

Namun hidup perlu diteruskan. Di gua gelap akan kuterangi dengan cahaya hati. Dalam ributan angin akan kupaut di dahan cinta. Dalam kelemasan bah akan kuberenang ke tebing harapan. Sudah ku berjanji di dalam hati ku, tiada seorang manusia pun yang patut membuat ku gagal, tidak ada seorang pun boleh membuat aku membenci diriku dan tidak ada seorang pun boleh mematikan semangatku. Hanya aku yang berhak memilih kegembiraanku. Bukan mereka, bukan dia dan semestinya bukan kau.

Kerana kau hanya datang dalam hidupku untuk merosakkan hatiku. Mungkin kau akan sentiasa akan hadir di mataku, jiwaku dan ingatanku tetapi hanya lah sekadar peringatan pada ku bahawa aku adalah kuat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...