Bertalu-talu ujian dan dugaan Allah kepadaku tahun ini. Tapi Allah janji Dia tidak membebankan hamba-Nya dengan dugaan yang tidak mampu ditanggungnya. Aku yakin dengan janji Allah cuma kekadang ingin menangis juga walaupun sedang sabar dan tabah dalam menjalani ujian ini.
Ujian yang terlalu banyak ya Allah. Berapa ramai ahli keluargaku telah kembali kepadaMu, melihat penderitaan penyakit kepada kaum keluargaku yang disayangi, dikhianati oleh orang yang dianggap rapat, kepayahanku menerima rezeki dalam bentuk zuriat, pergolakan dan konfliks dengan orang yang tersayang dan bermacam-macam lagi sejak awal tahun lagi.
Namun dengan barakah rumahtanggaku, aku bersyukur denganMu kerana Kau kurniakan suami yang tiada tolok bandingnya menemani aku dalam segala dugaanMu ini. Syukur ya Allah, Kau kurniakan seseorang yang bijak bertutur memujukku, pemurah dengan kasih sayang dan sentiasa bersampingku dalam apa jua keadaan kami.
Aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana walaupun sungguh perit setiap dugaan yang kulalui ini, banyak sungguh nikmat yang tanpa kusedari Kau kurniakan kepadaku. Sungguh Kau adalah Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
Namun malam ini, di saat terdengar berita yang tidak baik, walaupun belum 100% yakin, tapi jiwaku terus manjadi lemah dan sedih. Aku seolah-olah tidak dapat menerima dugaan kali ini kerana aku sungguh mengharapkan satu sinar di sebalik dugaan yang tertalu-talu ini. Tapi aku yakin Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Semoga Kau kurniakan yang terbaik untuk ku dan seluruh ahli keluargaku.
Ya Allah, benarkan aku menangis di atas kekecewaan ini ya.

1 comment:
be strong Mun..there's always hikmah behind all the tests..take care..
Post a Comment