Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke laman sesawang saya pada hari ini. Jika tuan-tuan dan puan-puan mencari resepi yang sedap dan senang, tuan-tuan dan puan-puan datang ke laman sesawang yang betul. Jangan tekan tab dan sesawang lain, teruskan membaca artikel ini yang mungkin akan mengubah hidup tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini adalah hari bertuah tuan-tuan dan puan-puan kerana mungkin ini adalah resepi pertama dan terakhir di laman sesawang ini TETAPI antara resepi yang akan mengubah hidup tuan-tuan dan puan-puan.
Baiklah, mari kita mulakan...
Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan pernah pergi melancong dan mengembara di negara-negara lain. Salah satu masalah yang sering kali dihadapi ialah susah mencari makanan yang halal dan jugak memenuhi citarasa. Oleh itu tidak hairan la kalau ramai yang di antara kita membawa Maggi untuk dimakan dalam bilik hotel apabila letih berjalan sepanjang hari. Tetapi tidak lah kekadang kita rasa muak dan jemu bila asyik makan Maggi atau Mi Sedap atau apa-apa seangkatan dengannya. Asyik-asyik mi dengan kuah yang langsung tidak memenuhi keperluan protein kita. Hanya ada mi dan kuah sahaja. Tidak kah kita terasa nak makan mi kari ayam pada masa tu? Tidak semestinya apabila kita melancong, kita perlu berkorban citarasa lidah.
Maka..... ini lah penyelesaian yang paling senang.
Mula-mula mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan. Dah nama pun mengembara, oleh itu bahan-bahan mesti la senang. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah:
|
Boleh pilih nak buat kari atau rendang ayam.. sangat fleksibel |
Mee Maggi mesti la nak kan. Kalau tak bukan nama maggi kari ayam dah. Kemudian beli la kari ayam dalam tin seperti Yeo's atau Ayamas atau dalam kotak seperti Brahim's. Hanya 2 bahan sahaja.
Dah siapkan bahan-bahan yang diperlukan, sekarang kita mulakan acara memasak. Tiada bawang nak potong, minyak masak atau ayam disembelih. Senang kan? Tengok, saya tak tipu tuan-tuan dan puan-puan.
Langkah pertama, masukkan mi maggi dalam air mendidih atau air panas sehingga lembut. Buang air rebusan dan biarkan mi maggi dalam bekas.
|
Mi maggi yang sudah lembut |
Langkah kedua, buka tin atau paket kari ayam tadi dah curahkan ke atas mi maggi yang dah lembut tadi. Kacau sehingga rata.
|
Yummssss.... |
Tadaaaaa... sudah siap! Masa untuk menjamu selera.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh menjadi kreatif dengan menggunakan pelbagai lagi citarasa dengan pelbagaikan kuah. Contohnya mi maggi ayam masak merah, mi maggi kurma, mi maggi rendang ayam... bak kata pepatah mat salleh, sky is the limit. Cuma hadnya ialah apa yang Ayamas/Yeo's/Brahim's jual di kedai runcit berdekatan dengan rumah tuan-tuan dan puan-puan.
|
Gambar dari sini. Boleh pilih nak mi maggi + apa-apa walaupun saya tak berapa cadangkan mi maggi dengan sambal ikan bilis. Agak pelik bunyinya. Tapi ini negara demokrasi, tuan-tuan dan puan-puan boleh mencuba jika mahu |
Maka tidak perlu kita makan maggi dengan perencah maggi dalam kuah yang sungguh tidak menyelerakan itu.
Selamat mencuba!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Eh, tuan-tuan dan puan-puan masih membaca lagi artikel ini? Terima kasih la banyak-banyak. Sangat terharu saya dengan kecekalan tuan-tuan dan puan-puan meneruskan pencarian ilmu di laman sesawang saya ini.
Saya nak memperkenalkan satu peralatan yang sangat berguna jika tuan-tuan dan puan-puan sering mengembara dan suka makan di dalam bilik hotel. Ia dipanggil travel cooker. Mempunyai 2 voltage untuk keperluan di seluruh dunia, ia didatangi dengan 1 alat pemanas elektrik, 1 periuk stainless steel untuk memasak, 1 bekas plastik dan 1 sudu. Lengkap untuk keperluan memasak.
|
Saiz hanya 60% tinggi botol air mineral 600ml |
|
Gambar di atas (yang paling besar) membandingkan saiz travel cooker dengan saiz tisu tandas. |
Saya pernah menggunakan untuk memasak resepi saya di atas semasa saya terpaksa tinggal di hotel selama 30 hari dan tidak mempunyai wang untuk order room service. Saiz dia adalah kecil seperti di bawah dan sangat padat untuk dimasukkan dalam beg.
|
Masak-masal dalam hotel |
Ada kawan saya yang memasak nasi, telur goreng dan macam-macam lagi mengunakan ini. Ia adalah seperti periuk masak biasa cuma kecil comel je.
Jika berminat nak beli, sila tinggalkan komen dan email, saya boleh tolong dapatkan dengan harga yang berpatutan.
Periuk ni last sekali saya order ada masalah dengan stok. Maaf, saya dah tak dapat membeli dari supplier saya dah.